Wednesday, July 15, 2009

prolog alissa

“Assalamualaikum…,” jerit Alissa.
“Assalamualaikum… ada orang tak? Anybody home?” sekali lagi dia menjerit memberi salam.
Masuk ini entah sudah ke berapa kali dia memberi salam. Tiada seorangpun yang keluar mahupun menjawab salamnya. Malahan, rumah pun kelihatan bertutup. Seperti tiada orang yang tinggal di situ. Tetapi tidak mungkin dia salah jalan.
‘Kenapa ni? Nak kata sesat? Takkanlah aku sesat balik rumah sendiri? Na mungkin! Na mungkin! Kunci lak aku tertinggal kali last aku balik. Takkan nak pecah masuk lak? Tak pasal... tak pasal keluar berita anak seorang usahawan pecah masuk rumah sendiri. Kakaka… Lagi satu… tak sanggup aku nak menunggu dalam panas terik ni,’ Alissa berkata sendirian di dalam hati.
Akhirnya setelah lama bermonolog dengan diri sendiri Alissa mengambil keputusan untuk member salam sekali lagi. Kiranya usaha yang terakhirlah ni.
“Assalamualaikum!!!,” suaranya dikuatkan lagi berbanding tadi. Tiada juga sesiapa yang keluar mahupun menjawab salamnya. Alissa kecewa.
Baru sahaja ingin berpaling pintu terbuka daripada dalam dan keluar seorang lelaki yang tidak dikenali. Alissa terkaku. Begitu juga lelaki tersebut. Lelaki itu kelihatan tidak terurus dan lemah sahaja. Dengan jambang yang seperti sudah lama tidak dicukur. Rambut yang tidak tersikat dan mulai panjang. Baju yang tidak kemas dan masih dalam berpakaian baju tidur.
Alissa tersedar dari lamunannya apakala tetiba dia merasakan ada orang memeluknya. Terkedu dia melihat lelaki itu memeluknya dengan erat. Apa dia ingat Alissa tu adik atau bini dia ape?
“Apa ni peluk-peluk? Ingat aku ni bini kau ape? Lepaslah! Rimas tahu tak?!” marah Alissa sambil menolak jejaka tersebut sehingga terdorong jejaka itu ke belakan.
“Lin mana lak ni? Dah tentu aku Lis…,” jelas Alissa ringkas. Tetapi otaknya sudah mulai ligat beroperasi berfikir sama ada Lin yang dimaksudkannya adalah kakak kembarnya. Tetapi tidak mungkinlah! Tidak mungkin kakaknya ingin berkahwin dengan lelaki sebegini. Jauh panggang dari api!
“Tak! Abang tau ni Lin… Sharifah Alina! Tolonglah Lin jangan seksa abang macam ni lagi…,” lelaki tersebut merayu sambil menangis kepada Alissa.
Alissa pula cuba memutarkan kemabli nama yang baru sahaja disebut sama ada betul nama yang dia dengar sebentar tadi merupakan Alina kembarnya. Ya betul! Tak tipu! Itu kakaknya!
“Tetapi ke mana pula Lin pergi sampai mamat ni gila meroyan ni? Larikan diri sebab tak tahan dengan mamat ni ape? Aku kalau jadi Lin… aku pun buat keputusan yang sama! Kuikuikui…,” Alissa hanya menahan gelaknya di dalam hati. Waktu-waktu macam ni kena jadi hipokrit serius.
“Awak ni sape lak nak panggil saya Lin? Dah dibagi tau awal-awal tadi yang aku ni Lis… Lis lah!” marah Alissa apabila melihat lelaki tersebut cuba untuk memeluknya sekali lagi .
Pada tika itulah kedengaran suara… “Danial… Sape tu?”
‘Papa! Aku tak salah rumah!’
Alissa langsung tidak mempedulikan Danial dan terus berlalu memasuki rumah. Danial terkejut. Kakinya kaku.

8 comments:

  1. sambung la lg dik,

    ReplyDelete
  2. hai sis... cam bes jer novel sis ni...i'm wait 4 da next n3...
    jmputlah ke blog sy ye..

    ReplyDelete
  3. wei,,pe ni wat cte tergantung,
    sambung r..msti ko bz sgt jual selendang ni eg..heheh

    ReplyDelete
  4. lah asl trgntung..smbung cpt

    ReplyDelete
  5. heee cantek cite awk, tp lg best kalo de spacing between paragraph, sng sket nk baca ;p

    ReplyDelete
  6. sory sume...
    a little bit bz...
    ngan assghmnt...
    klu masuk pun just check n out...

    ReplyDelete
  7. uik!
    best la jln cite novel ni...
    tp citenye da mcm ala2 novel Jendela Hati...
    but it still different..
    truskn usahe anda yg murni ni ye...
    huhu

    ReplyDelete
  8. mcm novel Jendela Hati...

    ReplyDelete