Thursday, August 13, 2009

alissa 2 (i)

Selesai solat Maghrib, Alissa terkenang kembali peristiwa petang tadi. Kenyataan yang baru didengari oleh Alissa petang tadi, bagaikan merentap tangkai jantungnya. Ianya terlampau tiba-tiba. Tetapi dia cuba untuk menghadapinya dengan tabah.


Entah kenapa kepulangannya kali ini bagaikan…

“Mama! Papa! Miss both of you,” Alissa terus meluru memeluk ibunya. Tetapi entah kenapa dia merasakan pelukannya dibalas hambar. Hatinya tersentuh.


Kehadiran lelaki misteri itu langsung dilupakan setelah berjumpa kedua orang tuanya.


“Ma… kenapa ni? Pa?” suara Alissa mengendur sambil melihat kedua orang tuanya. Matanya sudah mula bergenang tetapi ditahan jua. Dia tidak mahu kelihatan lemah.


Kedua orang tuanya hanya memandang satu sama lain. Tidak tahu apa jawapan yang terbaik hendak diberikan. Kepulangan Alissa kali ini tidak dijangka.


“Ma! Pa! Why both of you just keep silence? I want an answer… not your silence,” Alissa seakan-akan merayu-rayu. Hatinya sakit melihat kedua orang tuanya seakan-akan tidak menerimanya.


“Bukan macam tu Lis… mama…,” Puan Sri Zaliha tidak dapat meneruskan kata-katanya. Air mata sudah mendahului segala-galanya.


Alissa yang melihat panik. “Ma… jangan cam ni. Lis Cuma nakkan penjelasan je. Jangan nangis ma. Kalau ma and pa x suka Lis balik… Lis akan balik semula ke Frankfurt hari ni juga,” Alissa tidak sanggup melihat air mata insan yang bersabung nyawa melahirkannya mengalirkan air mata.


Pada telahannya, ibu bapanya berkelakuan seperti itu disebabkan kepulangannya tidak dialu-alukan.

Kakinya sudah mulai mengatur langkah untuk keluar dari rumah yang dahulunya menyenangkannya tetapi sekarang… Air matanya sudah deras mengalir sebaik sahaja dia berpaling. Dia sudah tidak boleh menahan.


“Lis… cuba dengar sampai habis dulu baru buat kesimpulan,” kedengaran suara Tan Sri Sharifudin lembut memanggilnya. Langkah kaki Alissa terhenti. Dia berpaling semula menghadap ke dua orang tuanya.


Air matanya yang ditahan akhirnya berderai. Disekanya perlahan air mata itu. Melihatkan anak dan isterinya yang sudah dibasahi air mata, Tan Sri Sharifudin sendiri ingin menangis. Tetapi ego lelakinya tidak membenarkannya.


“Kami bukan tidak menerima Lis. Selepas Lin… Lislah satu-satunya anak yang kami ada. Kamulah permata hati kami. Tidak mungkin kami buang kamu,” ujar Tan Sri Sharifudin sambil memeluk isterinya. Mengharapkan dia mengalirkan sedikit kekuatan kepada isterinya itu.


Tan Sri Sharifudin menyambung kembali “Lin… dia…,” Akhirnya dia tidak sanggup untuk mengatakannya juga.

“Kenapa dengan Lin?” soal Alissa cemas.


“Dia dah meninggal! Puas hati kau?” kedengaran suara seseorang berkata-kata. Alissa berpaling melihat ke arah suara itu. Tan Sri Sharifudin dan Puan Sri Zaliha hanya boleh mendiamkan diri mendengar kenyatan tersebut.


Lelaki misteri itu kelihatan memandang tajam kearah Alissa. Seakan-akan mahu menelannya. Tetapi kenyataan yang baru dicakapkan oleh dia seakan-akan terngiang-ngiang di telinga Alissa.


“What do you mean?” Alissa menyoal teragak-agak.


“Ya Lis… Lin dah tinggalkan kita,” ujar Puan Zaleha perlahan.


Alissa tergamam tetapi hanya sementara.


“Innalillah wainna ilaihi rojiun,” ucap Alissa perlahan. Tenang!


“What? Tu je?” soal lelaki itu terkejut. Kedua orng tuanya juga terkejut. Alissa tidak kelihatan sedih langsung.


“Habis tu? Nak suruh Lis meratap? Lin takkan tenang macam tu. Allah lebih menyayanginya. Sape kita nak mempersoalkannya?” ujar Alissa tenang. Semua yang berada di ruang tamu terdiam.

2 comments:

  1. ade y komen cter ni cam cter jendela hati...
    betul r tu...

    cter ni dah buat mase form 3...
    bler nak anta kat salah satu syarikat penerbitan kite terbace cerita jendela hati...
    sedihnyer... hampir2 same jalan cite die!!!
    jadi... sampai sekarang kita x anta2 cite ni...

    last2... kawn2 bagi cadangan buat novel on9

    ReplyDelete
  2. salam..
    o yeker??
    x payah cdih tau...
    x per,wat jer online..
    qiqa ada untuk baca..
    sambung cepat..
    jgn lambat taw

    ReplyDelete