Monday, August 17, 2009

alissa 2 (ii)

lamunan Alissa terganggu apakala terdengar suara mamanya memberi salam dari luar pintu biliknya. Alissa segera membuka pintu.

"Lis... jom turun makan," lembut suara Puan Zaliha mengajak anaknya turun makan. melihat Alissa seakan-akan melihat Alina. tetapi Alissa tetap Alissa. alina tetap Alina. itu dia sedar.

"kejap lagi Lis turun... Lis nak solat isya' dulu," ujar Alissa. Puan Zaliha tersenyum.

"Mama and papa tunggu kat bawah yer? turun cepat tau... ajak abang Danial gak," arah Puan Zaliha lembut tetapi dalam nada tegas.

rupa-rupanya selama dia berada di Frankfurt banyak yang disembunyikan darinya. Alina kahwin pun dia langsung tidak diberitahu. arwah Alina meninggal? lagilah dia tidak tahu. kalau tidak kerana dia balik kali ini mungkin sampai dia graduate barulah dia dapat semua berita ni.

"yes... madam!" Alissa dengan bertelekung segala memberi tabik kepada mamanya. Puan Zaliha hanya geleng kepala melihat gelagat Alissa.

seusai solat isya', Alissa menyedekahkan surah Yassin kepada arwah kakaknya sebelum menjalankan arahan mamanya.

tiba sahaja di hadapan bilik Danial, Alissa terkaku. dia sendiri tidak tahu kenapa dia kaku. otaknya langsung tidak mahu bertindak seperti apa yang diingininya.

bila dia mahu melafazkan salam, lidahnya kelu.

bila dia mahu ketuk pintu, tangannya kaku.

akhirnya kaki dia yang memainkan peranan. dia tertendang kuat pintu bilik Danial. terkedu dia dengan tidakannya.

Alissa tersedar dari kejutannya apabila Danial menegurnya. "Dah tak de mulut nak bagi salam? dah tak de tangan nak ketuk?"

Alissa hanya tersenyum sumbing. tetapi dia langsung tidak memandang Danial. tidak berani!

"bukannya sengaja pun... tak sedar pun tertendang," Alissa beralasan. walaupun kedengarannya alasan tu tidak logik tapi dia hanya berterus terang. kan?

Danial ketawa mendengar alasan Alissa. tetapi ketawanya kedengaran canggung.

kali ini baru Alissa memberanikan diri memandang Danial. Mata Danial sudah menunjukkan segala-galanya. Danial tidak dapat menipunya.

"Abang baru nangis kan?" Alissa bertanya polos. Danial terkejut.

"Mana ada!" Danial tiba-tiba angin.

"jangan tipu Lis...," ujar Alissa lembut tapi tegas. Danial terdiam. dia tahu, dia sudah tidak boleh menipu Alissa. Alina sendiri pernah berkata yang dia memang teruk dalam lakonan dan menipu.

3 comments:

  1. asal pendek sangat??
    buat panjang sikit,baru puas nak baca...

    ReplyDelete
  2. kepada penulis novel ini...
    lain kali buat entry panjang skit...
    ni pendek sangat...
    tak puas nak bace...

    ReplyDelete